Pada suatu hari,seorang lelaki datang menemui Nabi Muhammad S.A.W .Dia kelihatan sedang menghadapi masalah.Orang ramai sering menemui Nabi Muhammad dengan berbagai masalah yang mereka hadapi tetapi bukanlah masalah yang mereka boleh selesaikan sendiri.Sudah tentulah masalah lelaki itu begitu penting sehingga dia menemui baginda Rasulullah S.A.W .
"Wahai Rasulullah,aku mempunyai ramai saudara-mara dan sahabat handai yang aku kasihi dan ingin aku bantu.Tetapi aku sering menghadapi kesulitan untuk membuat keputusan siapakah di antara mereka yang lebih berhak ke atasku?Siapakah di antara mereka yang mesti aku dahulukan?"kata lelaki itu.
Nabi Muhammad S.A.W segera menjawab,"Ibumu mestilah diutamakan dari yang lain,".
Lelaki itu sanagat berpuas hati dengan penjelasan dari Rasulullah S.A.W tersebut.Tetapi bagaimana pula dengan saudara-mara dan sahabat handainya.Oleh itu,dia bertanya lagi,"Dan selepas ibuku,siapa pula yang lebih berhak ke atasku?
Jawapan Nabi Muhammad S.A.W kali kedua memeranjatkannya.
"Ibumu!"kata Nabi Muhammad S.A.W lagi.
'Betulkah apa yang aku dengar?'fikir orang itu.
'Mengapa Nabi Muhammad S.A.W mengulanginya?Mungkin aku tidak bertanya dengan jelas,'fikirnya.
'Atau mungkin mungkin baginda tidak mendengar kata-kataku tadi dengan jelas.'fikirnya lagi.
Oleh itu,orang itu bertanya lagi soalan yang sama.
"Apa yang ingin aku tahu ialah,selepas ibuku,siapa pula yang berhak ke atasku,".
Sekali lagi Nabi Muhammad menyebut kata-kata yang sama,"Ibumu!".
"Ibumu!Ibumu!Ibumu!".Nabi Muhammad telah menyatakannya sebanyak tiga kali.Orang itu mula sedar kenapa baginda berkata sedemikian.Maksud Nabi Muhammad,ibunya adalah sangat penting sehingga tanggungjawab terhadapnya diulang berkali-kali.
Walau bagaimanapun,orang itu terus berfikir,'Bagaimana pula dengan semua yang lain yang aku kasihi dan ingin aku bantu?'
Lelaki itu masih tidak pasti.Dia ingin tahu lebih lanjut.Sekali lagi dia bertanya.
"Dan selepas aku melaksanakan tanggungjawab terhadap ibuku,siapa pula selepasnya?Adakah sesiapa selepasnya?"
Nabi Muhammad S.A.W menjawab,"Selepas ibumu,ayahmu,".
"Dan kemudian?"tanya lelaki itu.
"Saudaramu yang terdekat!"beritahu Nabi Muhammad S.A.W .
Akhirnya,jelaslah tanggungjawab tersebut baginya.Dia mestilah menunaikan tanggungjawab terhadap ibunya sebelum orang lain.Kemudian ayahnya,anak-anaknya,datuk nenek,adik-beradik,ibu dan bapa saudara sehinggalah dia telah melakukan tanggungjawabnya kepada semua saudara-maranya.
ALLAH berfirman(bermaksud):
'Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada ibu bapanya.Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukan sehingga dua tahun.Bersyukurlah kepada-KU dan kepada kedua ibubapamu ' . (SURAH LUKMAN: AYAT 14)
0 Orang Beri Nasihat:
Post a Comment