Followers
Cinta Itu Fitrah
1. Saya dah jatuh hati pada dia… macam mana pulak ni?
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
(Surah An-Nur: 32)
"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.(Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas)
“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.(Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)
2. Tapi saya tak cukup duit la nak kawin?
“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.(Surah An-Nur : 33)
Rasulullah S.A.W bersabda :“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.
3. Memang saya tak cukup duit / tak mampu nak kahwin, tapi kalau saya diam sahaja, nanti kekasih saya kena ambil dengan orang lain?
Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."(Surah Al-A’raf : 128)
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
(Surah Al-Hajj : 40)
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.(Surah Alam Nasyrah : 5-6)
Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.
Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sebagai jodoh kamu..
4. Tapi saya dah suka pada dia.. I can’t live without him/her?
“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
(Surah An-Nur : 30)
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.(Surah Al-Jatsiyah : 18)
“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
(Riwayat Bukhari )
5. Tapi saya bercinta bukan selalu pun dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. saya dan dia tak pernah pun berdua-duaan?
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.(Surah Al-Isra : 32)
“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
(Musnad Ahmad)
“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.(Riwayat Bukhari Muslim)
6. Tapi saya bukan hensem/cantik mana pun, saya pun risau saya tak ada jodoh.. saya rasa cuma dia seorang sahaja yang boleh terima saya?
“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.(Surah Yasin : 36)
“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.(Surah Az-Zukhruf : 12)
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.(Surah Ar-Rum : 21)
7. Rasa macam susah sahaja nak cari jodoh.. give up lah saya macam ni?
Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.
Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.(Riwayat Ibnu Majah).
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.(Riwayat Abu Mansur Al-Dailami)
Kesimpulan :
Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segeralah berkahwin. Kalau tak mampu? Tahanlah nafsu! Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa.
❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•
☀♥•*¨`*•.*► Doaku untukmu, sahabat◄*.•*¨`*• ♥☀
*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙ ♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆
•*´¯)..Untukmu HAWA..¸.•*´¯)
••► Jadilah HAWA yang TINGGI dengan DIDIKAN AGAMA, merendah diri dengan AKHLAK TERPUJI dan BAIK HATI..
••► Jadilah hawa yang MENJAGA AURAT dan MARUAH DIRI dari sewenang-wenangnya dilihat AJNABI..
••► Jadilah hawa yang sentiasa HAUS akan ILMU NASIHAT dan TEGURAN sebagai persiapan menjadi HAWA YANG SOLEHAH untuk seseorang yang SAH bergelar SUAMI..
••► Jadilah juga seorang hawa yang mampu menjadi ANAK, IBU DAN ISTERI yang SOLEHAH serta HAMBA ALLAH yang BERIMAN dan BERTAQWA seperti yang diidamkan oleh ADAM..
(¯`v´¯) MuHaSaBaH dIrI =) =) =)
`•.¸.•´`•.¸•*¨¨*•.¸¸❤`•.¸.¸¸.• *❤ CINTA ALLAH CINTA ABADI
10 Perkara Ynag Mematikan Hati
Ibrahim bin Adham menyatakan 10 sebab mematikan hati:
1- Ia mengetahui Allah SWT namun ia tidak tunduk dan patuh kepadaNya.
2- Mengetahui Rasul namun tidak mengikuti petunjuk dan sunnahnya.
3- Mengetahui Al-Quran namun tidak mengamalkannya.
4- Menikmati nikmat yang telah dianugerahkan Allah SWT namun tidak mensyukuri akan nikmatNya tersebut.
5- Mengetahui Syurga namun tidak meminta mengharapkannya serta melakukan sebab-sebab yang dapat menuju padanya.
6- Mengetahui Neraka, namun tidak menjauhi sebab-sebab menujunya.
7- Mengenal dan mengetahui syaitan namun tidak menjauhi dan malah terpujuk rayuannya.
8- Mengetahui akan kematian namun tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
9- Melihat dan mengebumikan jenazah, namun tidak mengambil iktibar darinya.
10- Tidak memperdulikan aib-aibnya dan malah menyibukkan dirinya dengan keaiban orang lain.
10 Nasihat Imam Abu Hanifah
1- Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan.
2- Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah.
3- Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik.
4- Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat.
5- Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam.
6- Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain.
7- Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan.
8- Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan.
9- Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu.
10- Jangan banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.
Sayang
✔ Sayang ALLAH SWT Syurga terbuka ツ
✔ Sayang RASUL menjauh neraka ツ
✔ Sayang AGAMA elak petaka ツ
✔ Sayang IBU jangan derhaka ツ
✔ Sayang AYAH elak di murka ツ
✔ Sayang IMAN amal di rangka ツ
✔ Sayang HATI berbaik sangka ツ
✔ Sayang ILMU tiada pusaka ツ
✔ Sayang NYAWA usah diteka ツ
✔ Sayang HARTA pada ketika ツ
✔ Sayang SAUDARA membalut duka ツ
✔ Sayang KEKASIH semaikan suka ツ
✔ Sayang SAHABAT sanggup terluka ツ
✔ Sayang KAWAN maniskan muka ツ
Putus Cinta Bukan Pengakhiran Segalanya
Aku hanya mahu dikenali sebagai zahir. Kisah yang akan aku kongsikan ini adalah kisah yang aku alami kerana terlalu agungkan cinta manusia daripada Cinta Yang Maha Esa.Kepada sahabat-sahabat yang masih terlena oleh cinta dan yang masih kecewa kerana cinta ambillah ikhtibar. Aku juga seperti lelaki-lelaki yang lain. Penuh dengan perasaan ingin mencintai dan dicintai. Aku dipertemukan dengan seorang wanita yang penyayang, baik hati dan sempurna di mataku..
Dan kerana cinta, aku leka. Setelah bercinta, aku lupa akan kewajipan terhadapNya. Semakin malas aku untuk bersolat, semakin malas aku untuk membaca Al-Quran. Aku makin terhanyut kerana cinta. Masa yang ada dipenuhkan dengan bersama si dia. Di mulutku, hanya menyebut namanya. Di hatiku, hanya ada dia. Masa bersama keluarga dan kawan-kawan semakin tiada. Begitulah kuasa cinta.Takdir. Satu hari kami ditakdirkan putus. Katanya, perasaan cinta sudah hilang dalam dirinya. Katanya, aku tidak pandai menjaga hatinya. Katanya lagi, aku sudah tidak ada dalam hatinya.
Sungguh, menerima perkhabaran tersebut, aku pasrah. Aku rebah. Kenapa perlu ditinggalkan di saat hati masih sayang? Aku terkedu, terpaku. Aku cuba memujuknya, tapi gagal. Dia tetap nekad dengan keputusannya.
Ya Allah. Aku pasrah. Aku redha. Di saat aku rebah, ibu menasihatiku agar bangun, bertaubat, kembali padaNya. Hanya itu yang mampu menenangkan jiwa aku. Aku bangun, aku berwudhuk. Aku mulakan solat. Solat yang sudah berapa lama aku tinggalkan.
Selesai solat, aku berdoa. Aku menangis. Ya Allah, apakah ujian yang Kau berikan ini? Aku tak sanggup nak laluinya lagi. YA allah, aku malu. Sesungguhnya aku teramat malu untuk menghadapMu. Waktu aku leka menikmati cinta , aku leka akan perintahMu. Aku abaikan suruhanMu. Aku lebih mementingkan dia. Dan kini, Kau tarik balik segala nikmat yang Kau beri hanya seketika, tanpa aku sedar, tanpa aku sangka, hampir meragut jantungku..
Ya Allah, aku redha dengan ketentuan yang diberikan. Aku menangis. Lagi dan lagi. Malunya aku. Allah juga yang aku cari. Kenapa dulu aku sanggup tinggalkan Allah kerana cinta? Ya Allah..
Di saat aku mula membaca al-quran kembali, menitis air mataku. Aku masih mampu membacanya. Sedangkan sudah sekian lama aku tinggalkan semua tu. Ya Allah, terima kasih kerana Kau tidak menutup pintu hatiku untuk bertaubat. Aku bersyukur sangat.
Orang sekeliling memandang hina kepadaku. Mencaciku. Tapi aku bersyukur, ramai lagi yang menasihatiku, ramai lagi yang sentiasa bersamaku. Keluarga dan kawan-kawan tidak putus-putus memberi semangat, nasihat dan sokongan. Kata mereka, ini bukan pengakhiran hidup kita. Kata mereka, dia yang telah menyakiti hatiku takkan dapat lari dari diduga oleh Allah. Anggaplah ini sebagai dugaan yang telah membuka pintu hatiku untuk bertaubat.
Dan apa yang aku tahu… dia sedang berbahagia dengan cinta hatinya yang baru..aku hanya mampu tersenyum kerana aku yakin, Allah telah mempersiapkan yang lebih baik untukku. Aku hanya mampu berserah. Dosa semalam telah mengingatkan aku bahawasanya tiada yang kekal dalam dunia ini melainkan Allah.. Aku pasrah Syukur Alhamdulillah Terima kasih kerana memberi peluang untuk aku mencurahkan perasaan ini kepadaMu. Semoga taubatku diterima olehMu Ya Allah.
Ingatlah kawan-kawan, cinta yang tidak halal tidak akan pernah bahagia walaupun sekuat mana kita pertahankan, selama mana kita bersama. Yang bahagia, cinta selepas kahwin. Cinta yang halal. Cinta yang penuh keberkatan.
Ambillah ikhtibar daripada kisah ini...sehebat mana pun cinta yang di lafazkan, tetapi tanpa jodoh ketentuanNya, tiada daya jua untuk bersama.Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.Fahamilah hakikat ini bahawa,beratus-ratus cerpen dan beribu-ribu madah boleh ditulis atau di ucapkan apabila berbicara tentang cinta, tetapi satu cerpen pun belum tentu mampu anda tulis untuk menggambarkan indahnya Cinta Yang Maha Esa.Sematkan kata-kata ini di hati agar menjadi panduan dan perdoman ketika cinta hadir padamu.. Ingatlah Ketika cinta menyapamu, janganlah silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak..
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :)

Sekiranya Aku Menjadi Pilihanmu
Sekiranya Aku Menjadi Pilihanmu..
Sekiranya kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinla aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.
Sekiranya kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.
Sekiranya kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah-madah terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,
Sekiranya kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.
Sekiranya kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.
Sekiranya kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tertanya-tanya,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana-NYA”
Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya. Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba..
Lelaki Idaman
KEPADA Lelaki idaman saya, adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa daku bersama…
Dialah lelaki idamanku…
----->tak minta banyak, tapi satu je....
" hilang cintamu kepada DIA, maka hilanglah kasihku buatmu "
kenapa sy tak mahu bercouple ?
-sebab sy taknak BAKAL lelaki IDAMAN sy kecil hati nanti kalau dia tahu pernah ada lelaki BERTAKHTA di hati Saya
Mutiara Hikmah
Bergunung manapun harta,
bukanlah kaya namanya,
jika miskin budi bahasa.
Segagah manapun diri,
bukanlah namanya pahlawan,
jika nafsu tidak dapat dilawan.
Secantik manapun rupa nan ayu,
bukanlah ratu jika buruk tingkah laku.
Setinggi manapun darjatnya,
bukanlah namanya mulia,
jika tiada iman didada.
Melangit manapun ilmu,
bukanlah namanya bijaksana,
jika tidak diamal dan diguna.
Sealim manapun warak,
bukanlah ulama,
jika takbur dan riak.
bukanlah kaya namanya,
jika miskin budi bahasa.
Segagah manapun diri,
bukanlah namanya pahlawan,
jika nafsu tidak dapat dilawan.
Secantik manapun rupa nan ayu,
bukanlah ratu jika buruk tingkah laku.
Setinggi manapun darjatnya,
bukanlah namanya mulia,
jika tiada iman didada.
Melangit manapun ilmu,
bukanlah namanya bijaksana,
jika tidak diamal dan diguna.
Sealim manapun warak,
bukanlah ulama,
jika takbur dan riak.
Hamba ALLAH Yang Sangat Mencintai ALLAH
Suatu petang di Kolej ..
Azman : "Kau perasan tak budak perempuan tu ? yang pakai jubah tu ."
Khairi : "Oh.. aku kenal budak tu.. satu kelas dengan aku. Dia tu tak banyak cakap dalam kelas. Yang tu aku tak pelik la.. tapi yang aku peliknya , ada waktu2 tertentu, mesti dia kelam kabut. Resah tak tentu pasal"
Azman : "Ye ke ? OoOo.. patutlah bila aku terserempak dengan dia , dia macam nak kejar sesuatu."
Tiba-tiba datang seorang gadis menyapa..
Liza : "Assalamualaikum ! apa yang kamu berdua bincangkan ni ? macam serius saja."
Khairi : "Kami bertanyakan hal berkenaan seorang perempuan yang pakai jubah tu Liza.. satu kelas dengan aku." "emm..kau kenal dia ?"
Liza : "Ooh..budak tu.. dia roommate aku .. mestilah aku kenal"
Azman : "Boleh tak aku nak tahu ? kenapa ada waktu2 tertentu , contohnya macam pukul 1.30, dia mesti tergesa-gesa . Nak kejar sapa?
Liza : "hemm.. untuk pengetahuan kamu berdua , waktu2 yang kamu maksudkan itu, adalah waktu solat.. tiap kali waktu solat, dia mesti nak pergi surau awal.
Khairi : "bagusnya.. emm.. tapi kenapa dia tak banyak cakap dalam kelas? dalam bilik kau , dia banyak cakap tak ?"
Liza : "Tak banyak jugak.. tapi ada lah juga dia bercakap2 dengan aku.. tapi tiap2 malam aku selalu dengar dia mengaji.. aku rasa , dia banyak bicara dengan ALLAH.."
Ketiga-tiga kawan tersebut diam seribu bahasa.. dalam hati mereka berkata, 'subhanallah.. terharunya aku melihat hamba ALLAH ini yang sgt mencintai ALLAH'..
---> Dari TELINGA jatuh ke HATI , itulah WANITA mudah terpesona dengan apa yang didengarinya . akibatnya wanita sering TERTIPU antara pujian hakiki dan TIPU HELAH perangkap lelaki .
---> Dari MATA jatuh ke hati , itulah LELAKI mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya, hingga kerap TERKELIRU antara indah hakiki dan palsu .
Oleh sebab itu, wanita perlu BERHATI-HATI dengan UCAPAN LIDAH yang didengarnya dan lelaki perlu MENJAGA PANDANGANNYA =))
Duhai Ukhty , Akhy
Duhai Ukhty dan Akhy...
Jika WANITA dan PRIA lain SIBUK mencari KECANTIKAN ataupun KETAMPANAN... Biarlah dirimu SIBUK mencari KEIMANAN.
Duhai Ukhty dan Akhy...
Jika mereka SIBUK mencari PASANGAN... Biarlah dirimu SIBUK mencari KEREDHAAN.
Duhai Ukhty dan Akhy...
Jika mereka MENANGIS karena KECEWA tentang CINTA... Biarlah kita menangis karena mengingat DOSA-DOSA.
Duhai Ukhty dan Akhy...
Jika mereka CINTAKAN kemanusia... Biarlah kita CINTA Allah.
Prinsip ABC
A mbil yang baik
B uang yang buruk.
C iptakan yang baru.
Ketika Wanita Menangis
Ketika wanita menangis, itu bukan bererti dia sedang mengeluarkan senjata terampuhnya...melainkan bererti dia sedang mngeluarkan senjata terakhirnya...
Ketika wanita menangis, itu bukan bererti dia tidak berusaha menahannya, melainkan kerana pertahanannya sudah tidak mampu lagi membendung airmatanya...
Ketika wanita menangis, itu bukan kerana dia ingin terlihat lemah, melainkan kerana dia sudah tidak sanggup lagi untuk berpura2 kuat...
Saat disisimu aku merasa hidup. Saat kau pergi aku merasa sunyi. Ku ingin kau
selamanya disisiku... sayang.
:Jika aku harus memilih untuk bernafas atau mencintaimu, maka akan ku
gunakan nafas terakhirku untuk mengatakan "aku mencintaimu"
Teman bisa membuatmu tertawa, sahabat bisa membuatmu bergembira, namun yang tulus mencintailah yang mampu membuatmu hidup.
:Dua jiwa, dua hati berpadu bersama, dalam bahtera terindah bernama cinta.
Cintaku padamu adalah Air, yang selalu mengalir, dan tidak berpaling, yang selalu mengalir, dan tidak berubah, yang selalu mengalir, dan tidak berakhir...
:Cinta adalah kerinduan untuk dipahami oleh seseorang yang benar-benar tulus untuk peduli. Ketika seseorang dimengerti, ia akan mampu bertahan terhadap apa pun di dunia ini.
Cinta adalah hal terbaik dan paling indah di dunia, tidak dapat dilihat atau bahkan disentuh. Cinta harus dirasakan dengan hati..
:Kadangkala, saat kau dekat, aku kehilangan semua kata-kataku. Dan saat itulah aku berharap, mataku berbicara tentang perasaanku padamu.
biarkan cinta mengalir apa adanya, terdengar indah bagai nada, menjadi obat bagi yang terluka, menjadi penguat yang putus asa, menjadi penerang saat gulita, hadirkan tawa ditengah duka.
:Cinta ibarat menggenggam sekuntum mawar, semakin keras kau menggegam, semakin duri menusuk tajam, namun semakin lembut kau memegang, maka semakin mudah sang mawar terbang terbawa angin.
Cinta
CINTA kerana RUPA, cinta yang PURA-PURA..
bila MENINGKAT USIA, cinta LAYU bersama..
Cinta kerana WANG, sangat mudah TERBANG..
ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG..
Cinta kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT..
manakan bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT..
Cinta kerana ILLAHI, itulah cinta HAKIKI..
rasa cinta yang TIADA MATI..
bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI..
Sometimes Allah breaks your spirit to save your souls.
Sometimes, Allah breaks our heart to make us whole.
Sometimes, Allah allows pain so we can be stronger.
Sometimes, Allah sends us failure so we can be humble.
Sometimes, Allah allows illness so we can take better care of ourselves.
Sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything HE gave us..
Make plans but understand that we live by Allah's grace. Ameen :)
Di dalam kegelapan, tiba2 datang 1 lembaga yang cantik bercahaya. Org yg di dalam kegelapan itu bertanya..
"Siapa kau?"
"Aku lah solat mu.. kamu menjaga aku dengan baik.."
Tiba2 datang lagi 1 lembaga yang bercahaya dan cantik..
"Siapa kau?"
"Akulah al-qur'an.. kamu selalu membacaku.."
Dengan demikian, terang benderang lah kuburnya ..dan lembaga yang cantik itu akan sentiasa menemaninya hinggalah hari kebangkitan.
Sifat Dan Peribadi Anak
sifat dan peribadi :
♥ Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
♥ Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga terasa terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah
♥ Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.
♥ Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* sering merasakan diri mereka kesunyian.
* lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
* lebih bijak bergaul.
* lebih cepat matang.
* terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
* sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
Tak Sempurna
Aku Tak Sempurna. Kau Pun Tak Sempurna..
Aku ingin mengenalmu dengan sempurna
Tanpa bercinta yang saat ini perkara biasa orang lain lakukan. Cukuplah aku mengenalmu melalui murabbi dan keluarga. Kerana pernikahan adalah proses pengenalan yang berkesinambungan. Pernikahan bukanlah akhir bagi sesuatu perkenalan, namun sebenarnya awal dari perkenalan. Aku memang tidak mengenalmu, namun aku akan berusaha mengenalmu semampuku, setelah kita halal untuk saling mengenal.
Aku ingin melamarmu dengan sempurna
Tanpa pertukaran hadiah valentine’s day terlebih dahulu seperti yang orang lain . Cukuplah aku sekadar hanya mengenalkan diriku dan keluargaku kepada keluargamu. Semoga tercipta keharmonian kerana menghormati kesucian pernikahan. Aku memang tidak mampu memberikan banyak harta untuk melamarmu, namun aku berjanji untuk berusaha mencari harta semampu kita. Harta yang halal untuk kita gunakan bersama.
Aku ingin menikahimu dengan sempurna
Tanpa terlalu banyak kemeriahan yang mendekati kenikmatan dunia. Cukuplah rasa bahagia yang menyelimuti keluarga, sanak saudara, sahabat, serta kita berdua khususnya, menjadi keriangan tersendiri, dalam haru yang tercipta berjaya mendirikan sebuah lagi masjd. Aku memang tidak mampu untuk memberikan kemewahan pada hari pernikahan kita, namun aku berjanji akan selalu membuatmu bahagia di hari-hari setelah pernikahan kita. Sesungguhnya pernikahan bukanlah fasa terakhir dalam perjalanan hidup kita, namun gerbang awal untuk membuka salah satu jalan menuju Syurga-Nya.
Aku ingin mencintaimu dengan sempurna
Tanpa banyak kata yang membalut kebohongan belaka. Cukuplah rayuan dan gurauan ringan untuk menghiasi pernikahan kita. Aku memang tidak pandai merangkai kata romantis selalu untuk mu, namun aku tahu bagaimana menjaga kedudukanmu. Kau bukan berada di atas kepala hingga selalu perlu disanjung puja, bukan pula berada di bawah kaki untuk dipijak dan dihina. Kau adalah tulang rusuk kiriku, dekat dihatiku untuk selalu ku cinta. Aku tidak berani berjanji untuk mencintaimu sepenuhnya, namun aku berani berjanji untuk selalu belajar mencintaimu sepenuhnya. Cinta sejati yang membuat kita semakin mencintai-Nya.
Aku ingin hidup bersamamu dengan sempurna
Tanpa banyak terpengaruh perkara yang menimbulkan perselisihan antara kita berdua. Cukuplah atas nama Allah segala tingkahlaku kita, disertai Al-Qur’an penerang jalan hidup kita, dan Al-Hadis pengiring liku hidup kita. Aku memang tidak dapat membuatkan mu bahagia selalu, namun aku berjanji untuk selalu ada dalam setiap suasana keadaan dan perasaanmu. Aku ingin menyediakan bahu dalam kesedihanmu, menjadi ubat penenang dalam kerisauan mu, serta melebarkan pangkuan di saat kelemahanmu.
Aku ingin memperoleh keturunan darimu dengan sempurna
Tanpa ego yang menaungi diri masing-masing, kita berdua membicarakan persetujuan dalam perancangan. Cukuplah kita berdua yang tahu akan keinginan dan kemampuan kita. Melalui mu, lahirlah buah hati kecil pelengkap hidup kita.
Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita.
Islam is The Perfect Code Of Life
✿.✿¯`·.¸.¸.·´¯✿✿¯`·.¸..·´¯✿.✿¯ `·.¸..·´¯✿.✿¯ `·.¸..·´¯✿.✿
I S L A M_ I S_T H E_P E R F E C T_ C O D E_O F_L I F E
✿.✿¯`·.¸.¸.·´¯✿✿¯`·.¸..·´¯✿.✿¯ `·.¸..·´¯✿.✿¯ `·.¸..·´¯✿.✿
Apabila Anda Ingin Memulakan Sesuatu Kerja...
Kata "Bismillah" ♥بِسْمِ الله
Apabila Anda Berjumpa Sesama Orang Muslim...
Kata "Assalamu'alaikum" ♥ْاَلسَّلاَمُ عَلَيْكُم
Apabila Anda Kenyang Selepas Makan Atau Terasa Bersyukur...
Kata "Alhamdulillah" ♥اَلْحَمْدُ لِلَّه
Apabila Anda Mendengar Berita Sedih..
Kata "InnaLillahiWainnailaihiraaji' uun" ♥ْاِنَّا لِلَّهِ وَ اِناَّ اِلَيْهِ رَاجِعُون
Apabila Anda Berjanji Untuk Melakukan Sesuatu..
Kata "InsyaAllah" ♥اِنْ شَاءَ الله
Apabila Anda Ingin Mengucapkan Terima Kasih Kepada Seseorang...
Kata "JazakAllahuKhairan" ♥جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا
Apabila Anda Rasa Bersalah...
Kata "Astagfirullah" ♥اَسْتَغْفِرُ الله
Apabila Anda Melihat Sesuatu Yang Menakjubkan..
Kata "SubhanAllah" ♥سُبْحَانَ
Adab Malu
Bismillah..
Adab Malu
Milikilah sifat Malu
Nabi shallallahu 'alaihi wassalam bersabda: "Sifat malu itu tidak datang kecuali dengan kebaikan." Maka Busyair bin Ka'b berkata: "Telah tertulis dalam hikmah, sesungguhnya dari sifat malu itu terdapat ketenangan, sesungguhnya dari sifat malu itu terdapat ketentraman." (HR. Bukhari: 6120)
Jangan Mencela Orang Yg Pemalu
Dari Abdullah bin Umar radhiallahu 'anhuma "Nabi shallallahu 'alahi wasallam pernah melewati seorang laki-laki yg tengah mencela saudaranya karena malu, kata laki-laki itu "Sesungguhnya kamu selalu malu hingga hal itu akan membahayakan bagimu." Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Biarkanlah ia, karena sesungguhnya sifat malu itu termasuk dari iman." (HR. Bukhari: 6618)
Jangan Malu menyampaikan Kebenaran & Jangan Malu bertanya Untuk Suatu Kebenaran
Dari Ummu Salamah radliallahu 'anha dia berkata "Ummu Sulaim datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu dari kebenaran, apakah seorang wanita wajib mandi jika ia ihtilam (mimpi basah)? Beliau bersabda: "Ya." (HR. Bukhari: 6121)
Semoga Allah merahmati & meridhai amal baik kita semua. Aamiin
Andai Al-Quran Boleh Cakap
Anda¡ aL-QUran b0leH b¡cara, ¡a akan bErkata :
" wAktU kaU mAs¡h aNak2, kaU bAga¡ tEman sEjat¡ku,Dgn wUdHu kaU sEntUh akU, dLm kEaDaAnsUc¡ kaU pEgAng aKu, kAU bAcA Dgn l¡r¡h dAn kErAs, sKrg kAU tELah dEwAsa, nAMpaknya kaU sUdah tDk bErmInat Lag¡ pAdAku, apAkAh akU BaCaAn UsAng? yAng tInggAL sEjarah? sKrag kAU s¡Mpan akU DgAn rap¡,
kaU bIarkn akU sEndiri. aKu mEnjaDi kUsam daLam aLMari. bErLapIs dEbU,
diMakan kUtU, kU m0h0n pEgAnglah akU Lg, bAcAlah akU sEtiap hari,
karena aku akan jd penerang dlam kUBURMU! "
Setiap orang, Akan ada sesuatu yang dia simpan. Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan. Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan. Siapa pun dia, Segembira mana pun dia. Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum, Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka. Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya, Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis. Pasti ada. Kerana dia juga manusia.
^_^
Pesan pada Diri
1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.
2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.
3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.
4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.
5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI.
Solat Subuh = 2 rakaat = 4 minit
Solat Zohor = 4 rakaat = 6 minit
Solat Asar = 4 rakaat = 6 minit
Solat Maghrib = 3 rakaat = 5 minit
Solat Isyak = 4 rakaat = 6 minit
Total mase 'dating' ngan Allah = 27 minit
Total mase Allah bagi nikmat oksigen dn sebagainye = setiap saat
Tapi kebanyakan remaja skrang ramai yg cube untuk escape solat padahal ape salahnye kite luangkan mase selame 27 minit daripada 1440 minit sehari bertemu dngan Allah? Padahal Allah berikan kita nikmat penglihatan,oksigen dan sebagainya..
Fikir-fikirkanlah......:)
Pada Kaum Hawa Dan Adam
---> Pada kaum wanita:
Jangan naikkan nafsu seks pada lelaki yang tidak dikenali dengan berpakaian yang mendedahkan tubuh anda atau yang menampakkan bentuk tubuh (ketat) di khalayak ramai, buruk padahnya.
---> Pada kaum lelaki:
Janganlah menganggap wanita hanya alat pemuas nafsu seks semata.
Hargailah wanita, yang melahirkan anda di dunia ini.
Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..
Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...
Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan..
Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu...
Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu...
Yang bukan HANYA kerana apa yg ada padamu....
Tetapi apa adanya dirimu....!!
Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK...
Dengan segala keindahan hati & ketakwaannya...
Mati
~MATI sy nnt,akan ramai ucap takziah pd keluarga sy..
~MATI sy nnt,org akan buat majlis tahlil utk sy..
~MATI sy nnt,Fb sy akan penuh dgn post takziah..
~MATI sy nnt,sy akan tinggalkan harta2 sy..
~MATI sy nnt,sy akan tinggalkan kawan2 sy..
~MATI sy nnt,sy akan tinggalkan org yg sy kasihi..
~MATI sy nnt,sy akan duduk keseorgn dlm kubur..
~MATI sy nnt,sy kena jwb soalan dr Munkar & Nakir..
~MATI sy nnt,sy tak dpt beramal soleh lagi..
~¤¤..Apa y sy boleh buat..? Skrg sy tak MATI lg..Sy akan tutup aurat sy..Sy akan bhenti ber'couple' ..Sy akan solat fardhu awal waktu..Sy akan bykkan bsedekah..Sy akan jaga mak ayah sy..Sy akan dalami ilmu agama..Sy akan belajar bsungguh2..Sy akan taat perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW..
~♥..Ye..! Sy akan lakukan..selagi saya masih hidup.. =) ..♥~
Shbt A : Wah.. cerianya kamu ! selalu tersenyum. Apa yang membuatkan kau gembira?
Shbt B : (malu..) Saya sudah ada kekasih !
Shbt A : Wah ! siapa kekasih mu ? Patut lah gembira saja. Siapakah dia ?
Shbt B : Petang tadi, saya pergi dating. Sekejap lagi, saya nak pergi dating lagi.
Shbt A : Amboi ! berapa kali kamu dating ni ? tak elok dating2 ni... bukankah bercouple itu haram ?
Shbt B : 5 kali saya dating ! saya tak pernah rasa jemu. Malah bertambah bahagia. Hati saya hanya utk dia.
Shbt A : Siapa ??
Shbt B : ALLAH :)
Cinta Atau Nafsu
bismillah..
ya ukhtiku sayang yg dimuliakan Allah..
Cinta atau Nafsu?
ternyata menjadi trend pada masa kini.. apatah lagi bila facebook ada function 'in relationship/status'. come on la ukhtiku syg.. anda-anda ini amat berharga. cinta anda sangat mahal dimata Allah SWT. jangan lalai. Lalai. Lalai. Lalai. ayuh kita berubah!!
kita ini antara contoh untuk membimbing 'kanak-kanak ribena' yang perlukan pimpinan dari kita. kalau kita sendiri hanyut dek nafsu hati. maka sampan yg kita dayungkan untuk kawan-kawan kita pun akan hanyut punah ranah macam kita. Bangun, Bangun, Bangun. lelaki bukan segalanya.
melainkan dia adalah suami.
kita akan terjebak
dengan lagha.. lagha..lagha.. wahai sayang-sayang muslimahku
sekelian jika kita rela cinta dan nafsu menguasai diri kita!!! lelaki boleh jadi pemimpin jika dia adalah seorang suami yg sah dan halal. tetapi kebarangkalian yg tinggi utk menjadi virus pada kekuatan iman dan diri apabila dia adalah bukan mahram kita.naudzubillah!!!!!
~ betulkan apa yg terbiasa ukhti muslimahku, dan biasakan apa yg betul...
Realiti Kehidupan
bertudung tapi pakai bju lengan pendek .
bertudung tapi pegang tangan bukan mahram .
bertudung tapi tak tutup dada .
bertudung tapi buad bonggol unta .
bertudung tapi sekejap ya sekejap tidak .
*realiti kehidupan sekarang :)
Beruntunglah
Beruntunglah Orang-Orang Yang Ganjil
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]
Beruntunglah manusia yang asing di akhir zaman. Terasing kerana Islam yang digenggam.Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati jenih fikrahnya menjadi ghuraba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas denganNya.Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam?
Ketika ramai orang di sekeliling kita mula menonjolkan aurat masing-masing, tudung disingkat-singkatkan, baju semakin nipis, seluar semakin ketat, kain semakin sendat, fesyen moden semakin dahsyat, tetapi anda masih mengekalkan cara pemakaian Islam yang sebenar. Anda disinis, ditertawa, diperlekehkan. Pernahkah?
Ketika ramai kawan-kawan menjerumuskan diri dalam cinta duniawi, ber’couple’ sana sini dengan perempuan atau lelaki, bergelak dan bermesra dengan teman sehati, menonton wayang bersama pasangan sendiri, bergayut di telefon sehingga lewat malam tanpa arah tujuan, bermanja-manjaan, tetapi anda masih berpegang dengan pendirian al-Quran dan as-Sunnah. Anda Pelihara Mukadimah Zina. Anda dipulau, dikutuk, dijadikan bahan umpatan, digelak tawa bersama teman. Pernahkah anda lalui semua ni?
Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?
Saat zina dan arak berleluasa, rasuah dan riba’ bermaharajalela, pergaulan bebas semakin melata, tapi anda masih lagi teguh dengan keimanan terhadap Allah. Anda dicaci, dihina, diherdik. Pernahkah anda punya pengalaman sebegini??Jika PERNAH, maka berbahagialah!
Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
ஜ Walau tak ada ORANG sayang kita TAPI ALLAH SWT ada dekat di hati kita ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG cinta kita TAPI ALLAH SWT sentiasa KASIHI kita ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG tolong kita TAPI ALLAH SWT ada LINDUNGI kita ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG rindu kita TAPI ALLAH SWT tetap tunggu kita ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG jaga kita TAPI ALLAH SWT perhatikan kita ஜ
ஜ Walau tak ada ORANG dengan kita TAPI ALLAH SWT ada temankan kita ஜ
Lelaki Dan Perempuan
★ LELAKI ★
♥ susah utk difahami tapi senang memahami ツ
♥ susah utk menyayangi tapi mudah utk mencintai ツ
♥ susah utk memarahi tapi mudah menegur ツ
♥ susah utk setia tapi mudah bertahan ツ
♥ susah utk menangis tapi mudah tersentuh ツ
ஜ PEREMPUAN ஜ
✿ senang dipujuk tapi susah utk memujuk ツ
✿ senang moody tapi susah nak mengamuk ツ
✿ senang berleter tapi susah nak marah ツ
✿ senang jatuh hati tapi susah nak mencintai ツ
✿ senang menangis tapi susah utk derita ツ
✿ senang dimengerti tapi susah nak difahami ツ
LELAKI umpama API + PEREMPUAN umpama LILIN = Menceriakan kehidupan sesebuah pasangan ツ
kalau takde lilin..api x menyala ツ
kalau takde api..lilin x menyala ツ
Wahai Lelaki
~* WAHAI LELAKI.. *~
Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah,
•.♥• Nasihatilah dia,
•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Jagalah dia dgn baik,
•.♥• Kasihanilah dia,
•.♥• lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya.
p/s : lelaki kalau nak minta tips menawan hati wanita,kena minta sendiri tips dari wanita~ bukan dari lelaki~
Itulah Iman
Adakah hati ini bergetar ketika disebutkan nama Allah?
Adakah iman ini bertambah disaat dibacakan kepada kita ayat-ayat Allah?
Adakah diri ini beranjak dan meninggalkan pekerjaan apabila azan telah berkumandang?
Adakah hati tersentuh dengan ayat-ayat azab yang dibaca? Adakah pikiran singgah di akhirat, merenungi nasib kelak?
Adakah keinginan yang sungguh-sungguh untuk meninggalkan dosa dan maksiat? Adakah kerinduan yang meluap-luap untuk bertemu dengan Allah?
Kecintaan IBARAT KEBUN TANAMAN... perlu disirami dan dirawat agar tak layu..merawat dgn kesabaran spt layaknya merawat Bunga tanpa kesabaran niscaya akan mati layu...ITULAH IMAN
Ujian Daripada ALLAH
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.
Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.
Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!
Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Mentarbiyah Cinta
Adakah kalian tahu bagaimana cara-cara islam mentarbiyah kita supaya pandai menempatkan cinta sebagaimana sepatutya dalam sebuah perhubungan yang belum menjadi mahram?
Marilah kita sentiasa berfikir tentang keburukan yang timbul dari perasaan cinta yang keluar dari batasan-batasan syar’ie. Tiada buah yang dapat dipetik darinya dan tiada pula ada hasil yang baik yang boleh di ambil darinya. Didalam perasaan cinta itu ada syurga untuk orang-orang yang bertakwa dan neraka bagi orang-orang yang derhaka.
Di dalam perasaan cinta itu juga ada keburukan-keburukan. Diantara keburukan-keburukan itu adalah hilangnya akhlak yang mulia dan terpuji, serta rosaknya kehormatan si pelakunya. Bolehkah kita boleh menerima, jika ada seorang wanita yang baik dan suci direnggut kesuciannya oleh setiap lelaki atas nama cinta?
Adakah kita rela sekiranya anak – anak kita mengetahui bahawa masa muda ibunya telah dilalui dengan berseronok bersama lelaki – lelaki lain atas nama cinta?
Wahai saudaraku, apakah kita tidak malu sekiranya anak – anak kita mengetahui bahawa kita hanya mencintai setiap wanita yang sesuai dengan selera dan keinginan nafsu kita?
Kalian berdua harus menentukan batasan dan tujuan dari perasaan cinta ini.
Apabila perasaan cinta hanya sekadar untuk suka – suka dan mengisi waktu yang kosong sahaja, tanpa niat adanya khitbah (lamaran) dan juga pernikahan, maka sebenarnya kita telah melewati jalan yang menyimpang dan itu adalah jalan orang-orang yang sesat lagi rugi.
Dan jika kalian berdua saling mencintai untuk mewujudkan sebuah rumah tangga, maka kalian berdua harus menentukan jalur dan rancangan rumah tangga tersebut.
Adakah ia sesuai dengan konsep dan tuntunan Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW? atau ia berada di atas jalan pimpinan syaitan beserta para tentera pengikutnya.
Logikkah akan wujud, jika kita bercita – cita hendak mendirikan rumah tangga yang dapat memperoleh kecintaan Allah dan Rasul-Nya, tetapi kita membangunnya dengan tiang dosa dan maksiat kepadaNya? Dosa yang dilakukan oleh hati, lisan, mata dan perbuatan anggota tubuh badannya.
Atau kita hanya mencipta sebuah rumah tangga yang rapuh laksana sarang labah -labah, hancur bila dilanda taufan, rumahtangga yang tidak akan dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya. Dimana di dalamnya syaitan ikut makan, minum, tidur, menari dan bergembira ria sepuasnya.
Allah telah mensyariatkan pernikahan dan menjadikannya sebagai saranan bertemunya sepasang kekasih. Semoga keluarga sakinah dan mawardah terbina atas jalinan cinta yang halal..
Kalu Tak Mampu
Kalau tak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang...
Kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji...
Kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan..
kerana hati manusia itu :
~> terlalu bernilai untuk disakiti
~> terlalu mahal untuk disia-siakan
~> terlalu berharga untuk dihancurkan ♥
Bersyukur
Saya SUSAH tapi ada yang LEBIH SUSAH dari saya,
Saya MENDERITA tapi ada yang LEBIH MENDERITA dari saya,
Saya SEDIH tapi ada yang LEBIH SEDIH dari saya,
Saya SAKIT tapi ada yang LEBIH SAKIT dari saya,
Rupanya saya lebih SENANG dari MEREKA.
Rupanya saya lebih BAHAGIA dari MEREKA.
Rupanya saya lebih GEMBIRA dari MEREKA.
Rupanya saya lebih SIHAT dari MEREKA.
~ ALHAMDULILLAH YA ALLAH BERSYUKUR DENGAN APA ADANYA KITA~
Mencintai Hati
Apabila kita menyukai seseorang, tidak semestinya org itu menyukai kita seperti mana kita menyukai dia ..'
Apabila kita menyukai seseorang kerana rupa parasnya, kita hanya suka pada rupa parasnya ..'
Apabila kita menyukai seseorang kerana harta kekayaannya, kita hanya menyukainya pada hartanya ..'
Tapi kita tidak menyukai dirinya pada dalamannya.. Orang yang menyukai seseorang kerana dalamannya dan kerana allah, orang itu berjaya memilikinya.. Sebaliknya orang yang memilih pada harta dan rupa paras tidak akan berjaya memilikinya.. ♥
#Mencintai Hatinya, Bukan RupaParasnya# :)
Saat hati berkata "INGIN",namun qadar Allâh berkata "TUNGGU"...
Saat air mata "MENITIS",namun qadar Allâh berkata
"TERSENYUMLAH"...
Saat segalanya terasa.."MEMBOSANKAN",namun qadar Allâh berkata "TERUSLAH MELANGKAH"...
Biidznillaah...Kita merancang sesuatu,ALLAH juga merancang sesuatu yang dirahsiakan-NYA buat kita. Namun, Rancangan ALLAH itu LEBIH baik. . .yang PALING baik. . .dan yang TERBAIK daripada rancangan kita.
Kerana ALLAHU Yaa 'Aliimu Yaa HAKAM (Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Menetapkan)
Jadi,kita sebagai hamba-NYA..Jangan pernah PROTES atau PUTUS ASA.
Yakinlah..ALLAH ada untukku,untukmu,dan untuk kita semua...Insya ALLAH(^_^)

Izinkan Abang Nikah Satu lagi
Izinkan Abang Nikah Sorang Lagi…
“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.Mungkin terkedu.Dia menghela nafas panjang.Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin, lalu pengabisannya dia kembali kepada suaminya.Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. “Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?” “Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham,” Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku.. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama.Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.
Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit.. tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox handfon. “Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1.Dengan ukuran badan, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa orang lain. Aliyah sayangkan Abang…
2.Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka.Aliyah sayangkan Abang…
3.Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abang…
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.
Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abang…Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang.
Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.
Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya.