Abu Yazid Taifur menggigil.Hawa malam itu sungguh dingin.Malam itu dia khusyuk bersembahyang untuk mencari keredaan ALLAH S.W.T .Abu Yazid Taifur menyedari rupa-rupanya ada insan lain yang tidak tidur. Bila dia mendengar ibunya memanggil ,segera dia bangun untuk mengetahui apa yang diperlukan oleh ibunya.
"Anakku,tolong berikan aku minuman,"kata ibunya.
Ianya kelihatan mudah.Tapi bila Abu mencari air di rumahnya,dia tidak pun memperolehi air tersebut. Dia menemui sebuah bekas air,tapi kosong.Dia mencari di sekeliling rumahnya dan terjumpa sebuah bekas kosong, tapi ia juga kosong.
"Nampaknya,tidak ada air di dalam rumah ini,"kata Abu Yazid sendirian.
Hari ini kita tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan air.Apa yang kita lakukan cuma membuka air paip dan air pun mengalir.Tapi ibu Abu Yazid tinggal di zaman dahulu,di mana tidak ada air paip.Orang ramai terpaksa keluar ke perigi atau sungai untuk mendapatkan air.
Abu Yazid sudah bersedia untuk mendapatkan air di sungai walaupun malam itu sangat dingin.Sungai itu pula agak jauh.Sebaik sahaja dia hendak keluar,dilihat ibunya sudah tidur semula.
"Dia tidak boleh minum sedang dia tidur. Mungkin aku harus meneruskan sembahyangku dan melupakannya,"fikir Abu Yazid.
Bagaimanapun fikirannya itu membuatkannya resah.Tidak patut dia melupakan permintaan ibunya,walaupun ibunya sudah tidur semula.Abu Yazid sangat mencintai dan menyayangi ibunya.Dia sedar betapa banyak jasa ibunya.Ibunya telah bekerja keras bertahun-tahun supaya dia dapat ke sekolah dan seterusnya mempunyai pelajaran yang baik.Dia juga tahu betapa besar harapan ibunya terhadap masa depannya.Dan betapa ibunya menderita kesakitan bila suaminya mati meninggalkannya,untuk membesarkan Abu Yazid sendirian.
Ayah Abu Yazid,Isa adalah anak orang Majusi(penyembah api),tetapi dia telah menganut Islam.Dia sangat patuh dan dihormati oleh penduduk Bistam,sebuah kota di utama timur Iran,di mana dia tinggal bersama keluarganya.Abu Yazid masih kecil bila ayahnya meninggal dunia.Ibunya bersungguh-sungguh agar kematian ini tidak mendatangkan kesan terhadap pelajaran Abu Yazid.Walau betapa berat pun kerja yang terpaksa ditanggungnya,dia mahu Abu Yazid terus bersekolah dan belajar bersungguh-sungguh.
Suatu hari,Abu Yazid pulang dari sekolah agak awal dari biasa.Ibunya terkejut.
"Abu,kenapa?Kenapa engkau pulang pada masa ini?"tanya ibunya sangat cemas dengan peristiwa luar biasa ini.Bermacam-macam perkara yang terlintas difikarannya.Mungkin pihak sekolah telah memberikan hadiah kepada para pelajar dan Abu Yazid telah pulang untuk memberitahunya.Mungkin ada upacara di sekolah dan kemudian mereka dibenarkan pulang awal. Atau mungki ada sesuatu yang tidak kena?
Abu Yazid segera menerangkan kepulangannya kerana dia tidak suka melihat ibunya dalam kebimbangan.
"Tidak ada apa-apa yang salah.Tidak juga ada apa-apa yang istimewa berlangsung di sekolah,"Abu Yazid memberitahu ibunya.
"Jadi mengapa engkau balik awal?"ibunya ingin tahu.
"Aku sedang mempelajari Al-Quran.Sedang aku menbaca,aku bertemu ayat,'berterima kasihlah kepada-KU dan kepaa kedua ibu bapamu'.Ayat ini sungguh menyentuh perasaanku!Tapi aku tidak begitu pasti akan maksudnya,jadi aku tanyakan kepada guruku.Dia menerangkan maksud ayat tersebut,tapi aku masih tidak puas hati dengan jawapannya,"Abu Yazid menerangkan perkara yang sebenarnya.
"Apa masalahnya,anakku?"soal ibunya.
"Masalahnya,aku tidak dapat melihat cara mana aku boleh berterima kasih pada ALLAH dan padamu dalam masa yang sama!"keluh Abu Yazid sangat bingung dengan masalah ini.
"Sama ada engkau meminta aku dari Tuhan supaya aku menjadi milikmu sepenuhnya atau engkau menyerahkan aku pada Tuhan supaya aku boleh menjadi hak-NYA?Ianya mestilah satu atau yang lain,kan begitu?"tanya Abu Yazid.
Ibunya tersenyum dan memberikan ciuman kasih.
"Anakku,aku memberikan engkau pada Tuhan.Sekarang pergilah dan bekerjalah untuk-NYA,"kata ibunya.
Sedang dia berdiri di dalam kegelapan dan kesejukan,Abu Yazid teringat akan peristiwa itu dan kata-kata ibunya.Mengingatkan semua itu dia tahu kini apa yang sepatutnya dia lakukan.
Dengan memegang bekas air,Abu Yaid keluar perlahan-lahan dan mula berjalan ke arah sungai itu.Sesampainya dia di sana,dia mengisi penuh bekas air itu dengan air dan membawanya pulang.
Bila dia balik,Abu Yazid melihat ibunya masih tidur.Perlahan-lahan dia bergerak supaya ibunya tidak terjaga.Dia menuangkan air tersebut ke dalam sebuah mangkuk.Kemudian dia menunggu ibunya bangun.Ibunya tidur lama.Sewaktu dia bangun,dia melihat anaknya masih berdiri di sebelah katil dengan sebuah mangkuk berisi air di tangannya sedang menanti dia bangun dari tidur.
"Engkau seorang anak yang baik,Abu Yazid,"kata ibunya dengan senyuman.Dia mengambil mangkuk itu dari anaknya dan minum.Kemudian dia mendoakan kebaikan atas perhatian yang diberikan oleh Abu Yazid terhadap dirnya.Pada masa yang sama,dia sedih melihat betapa penatnya Abu Yazid kerana berjaga sepanjang malam yang sejuk itu.
"Kenapa engkau tidak tinggalkan sahaja air itu dan masuk tidur anakku?Aku boleh menuangkan air itu sendiri bila aku terjaga.Engkau tidak perlu menyusahkan dirimu,"kata ibunya.
Abu Yazid begitu mengambil berat terhadap ibunya.Dan dia berkata,"Aku takut bila engkau bangun,aku tiada di sini untuk memberikan engkau air.Aku tidak mahu itu berlaku.Lagipun,engkau meminta air dariku dan adalah salah jika engkau tidak menemui aku untuk memberikannya padamu bila engkau terjaga,".
Ibu Abu Yazid memberikan ciuman kasih sayang serta senyuman padanya.
"Semoga ALLAH merahmatimu,anakku,"bisiknya,sambil berfikir betapa beruntungnya dia mempunyai anak lelaki seperti Abu Yazid.Kemudian dia membuat sati lagi permintaan.
"Bilik ini agak panas.Biarkan pintunya separuh terbuka supaya udara bersih dapat masuk ke dalam,"katanya.
Sekali lagi Abu Yazid Taifur melaksanakan permintaan ibunya.Dia berjaga sepanjang malam hingga ke subuh untuk memastikan yang pintu itu terbuka separuh dan tidak tertutup disebabkan oleh tiupan angin.
Bertahun-tahun kemudian,bila Abu Yazid sudah semakin tua dia menceritakan mengenai malam di mana ibunya membuat dua permintaan.Beginilah dia menghabiskan ceritanya,"Pada waktu subuh berkali-kali aku berdoa akan kenikmatan dari ALLAH,untuk masuk melalui pintu yang separuh terbuka bagi menggembirakan hati ibuku,".
Abu Yazid seorang Islam yang taat dan seorang cendiakawan yang warak,sering merujuk kepada peristiwa ini sepanjang hayatnya.Ianya menusuk hati mereka yang mendengar betapa penting membuat hati seorang ibu gembira.
"Dalam menggembirakan hati ibuku,aku dapat mencapai segala yang aku mahu melalui ibadah-ibadahku dan peraturan diri.Adalah ganjil kerja yang dulu aku fikir sepatutnya menjadi akhir iaitu menyenangkan hati ibu akhirnya berubah menjadi yang pertama!'tegas Abu Yazid.
0 Orang Beri Nasihat:
Post a Comment