-->
* Saya Blogger Girl *

Assalamualaikum ! Selamat Datang ! Semoga Entri Yang Saya Tulis Memberi Manfaat Kepada Anda ! Dan Terima Kasih Kerana Sudi Melawat !

Followers

Beruntunglah


Beruntunglah Orang-Orang Yang Ganjil

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]

Beruntunglah manusia yang asing di akhir zaman. Terasing kerana Islam yang digenggam.Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati jenih fikrahnya menjadi ghuraba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas denganNya.Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam?

Ketika ramai orang di sekeliling kita mula menonjolkan aurat masing-masing, tudung disingkat-singkatkan, baju semakin nipis, seluar semakin ketat, kain semakin sendat, fesyen moden semakin dahsyat, tetapi anda masih mengekalkan cara pemakaian Islam yang sebenar. Anda disinis, ditertawa, diperlekehkan. Pernahkah?

Ketika ramai kawan-kawan menjerumuskan diri dalam cinta duniawi, ber’couple’ sana sini dengan perempuan atau lelaki, bergelak dan bermesra dengan teman sehati, menonton wayang bersama pasangan sendiri, bergayut di telefon sehingga lewat malam tanpa arah tujuan, bermanja-manjaan, tetapi anda masih berpegang dengan pendirian al-Quran dan as-Sunnah. Anda Pelihara Mukadimah Zina. Anda dipulau, dikutuk, dijadikan bahan umpatan, digelak tawa bersama teman. Pernahkah anda lalui semua ni?

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Saat zina dan arak berleluasa, rasuah dan riba’ bermaharajalela, pergaulan bebas semakin melata, tapi anda masih lagi teguh dengan keimanan terhadap Allah. Anda dicaci, dihina, diherdik. Pernahkah anda punya pengalaman sebegini??Jika PERNAH, maka berbahagialah!

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :)

DiKarang Oleh FaRaH fArId

0 Orang Beri Nasihat:

Post a Comment

You Are Number ..

hit counter hit counter


Cool Hot Pink Outer Glow Pointer



Blog Archive

  • ▼  2012 (58)
    • ►  February (4)
    • ▼  January (54)
      • 10 Perkara Ynag Mematikan Hati
      • 10 Nasihat Imam Abu Hanifah
      • Sayang
      • Putus Cinta Bukan Pengakhiran Segalanya
      • Sekiranya Aku Menjadi Pilihanmu
      • Lelaki Idaman
      • Mutiara Hikmah
      • Hamba ALLAH Yang Sangat Mencintai ALLAH
      • ---> Dari TELINGA jatuh ke HATI , itulah WANITA ...
      • Duhai Ukhty , Akhy
      • Ketika Wanita Menangis
      • Saat disisimu aku merasa hidup. Saat kau pergi ak...
      • Cinta
      • Sometimes Allah breaks your spirit to save your s...
      • Di dalam kegelapan, tiba2 datang 1 lembaga yang c...
      • Sifat Dan Peribadi Anak
      • Tak Sempurna
      • Islam is The Perfect Code Of Life
      • Adab Malu
      • Andai Al-Quran Boleh Cakap
      • Setiap orang, Akan ada sesuatu yang dia simpan. ...
      • Tawanlah Aku Dengan Cinta KepadaMu ... Tumbuhkan ...
      • Pesan pada Diri
      • Solat Subuh = 2 rakaat = 4 minit Solat Zohor = 4 ...
      • Pada Kaum Hawa Dan Adam
      • Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu im...
      • Mati
      • Shbt A : Wah.. cerianya kamu ! selalu tersenyum. ...
      • Cinta Atau Nafsu
      • Realiti Kehidupan
      • Beruntunglah
      • ஜ Walau tak ada ORANG sayang kita TAPI ALLAH SWT a...
      • Lelaki Dan Perempuan
      • Wahai Lelaki
      • Itulah Iman
      • Ujian Daripada ALLAH
      • Mentarbiyah Cinta
      • Kalu Tak Mampu
      • Bersyukur
      • Mencintai Hati
      • Saat hati berkata "INGIN",namun qadar Allâh berkat...
      • Izinkan Abang Nikah Satu lagi
      • Stress Tak Dapat Pikat Lelaki/Perempuan
      • Berubah
      • Segala Puji Bagi Mu Ya ALLAH
      • Cinta Yang Ikhlas
      • Pesan Pada hati
      • Ciri-Ciri Isteri Idaman Lelaki
      • Wanita Itu Mahal
      • Wahai Muslimah
      • Gurauan Suami isteri
      • Balasan
      • Dia Kekasih ALLAH
      • Pujian Dan Teguran/Kritikan
  • ►  2011 (39)
    • ►  December (39)

Date Of The Day

Tik Tok


Seismic - Belahan Jiwa




Picture Window theme. Powered by Blogger.