-->
* Saya Blogger Girl *

Assalamualaikum ! Selamat Datang ! Semoga Entri Yang Saya Tulis Memberi Manfaat Kepada Anda ! Dan Terima Kasih Kerana Sudi Melawat !

Followers

Putus Cinta Bukan Pengakhiran Segalanya


Aku hanya mahu dikenali sebagai zahir. Kisah yang akan aku kongsikan ini adalah kisah yang aku alami kerana terlalu agungkan cinta manusia daripada Cinta Yang Maha Esa.Kepada sahabat-sahabat yang masih terlena oleh cinta dan yang masih kecewa kerana cinta ambillah ikhtibar. Aku juga seperti lelaki-lelaki yang lain. Penuh dengan perasaan ingin mencintai dan dicintai. Aku dipertemukan dengan seorang wanita yang penyayang, baik hati dan sempurna di mataku..

Dan kerana cinta, aku leka. Setelah bercinta, aku lupa akan kewajipan terhadapNya. Semakin malas aku untuk bersolat, semakin malas aku untuk membaca Al-Quran. Aku makin terhanyut kerana cinta. Masa yang ada dipenuhkan dengan bersama si dia. Di mulutku, hanya menyebut namanya. Di hatiku, hanya ada dia. Masa bersama keluarga dan kawan-kawan semakin tiada. Begitulah kuasa cinta.Takdir. Satu hari kami ditakdirkan putus. Katanya, perasaan cinta sudah hilang dalam dirinya. Katanya, aku tidak pandai menjaga hatinya. Katanya lagi, aku sudah tidak ada dalam hatinya.

Sungguh, menerima perkhabaran tersebut, aku pasrah. Aku rebah. Kenapa perlu ditinggalkan di saat hati masih sayang? Aku terkedu, terpaku. Aku cuba memujuknya, tapi gagal. Dia tetap nekad dengan keputusannya.

Ya Allah. Aku pasrah. Aku redha. Di saat aku rebah, ibu menasihatiku agar bangun, bertaubat, kembali padaNya. Hanya itu yang mampu menenangkan jiwa aku. Aku bangun, aku berwudhuk. Aku mulakan solat. Solat yang sudah berapa lama aku tinggalkan.

Selesai solat, aku berdoa. Aku menangis. Ya Allah, apakah ujian yang Kau berikan ini? Aku tak sanggup nak laluinya lagi. YA allah, aku malu. Sesungguhnya aku teramat malu untuk menghadapMu. Waktu aku leka menikmati cinta , aku leka akan perintahMu. Aku abaikan suruhanMu. Aku lebih mementingkan dia. Dan kini, Kau tarik balik segala nikmat yang Kau beri hanya seketika, tanpa aku sedar, tanpa aku sangka, hampir meragut jantungku..

Ya Allah, aku redha dengan ketentuan yang diberikan. Aku menangis. Lagi dan lagi. Malunya aku. Allah juga yang aku cari. Kenapa dulu aku sanggup tinggalkan Allah kerana cinta? Ya Allah..

Di saat aku mula membaca al-quran kembali, menitis air mataku. Aku masih mampu membacanya. Sedangkan sudah sekian lama aku tinggalkan semua tu. Ya Allah, terima kasih kerana Kau tidak menutup pintu hatiku untuk bertaubat. Aku bersyukur sangat.

Orang sekeliling memandang hina kepadaku. Mencaciku. Tapi aku bersyukur, ramai lagi yang menasihatiku, ramai lagi yang sentiasa bersamaku. Keluarga dan kawan-kawan tidak putus-putus memberi semangat, nasihat dan sokongan. Kata mereka, ini bukan pengakhiran hidup kita. Kata mereka, dia yang telah menyakiti hatiku takkan dapat lari dari diduga oleh Allah. Anggaplah ini sebagai dugaan yang telah membuka pintu hatiku untuk bertaubat.

Dan apa yang aku tahu… dia sedang berbahagia dengan cinta hatinya yang baru..aku hanya mampu tersenyum kerana aku yakin, Allah telah mempersiapkan yang lebih baik untukku. Aku hanya mampu berserah. Dosa semalam telah mengingatkan aku bahawasanya tiada yang kekal dalam dunia ini melainkan Allah.. Aku pasrah Syukur Alhamdulillah Terima kasih kerana memberi peluang untuk aku mencurahkan perasaan ini kepadaMu. Semoga taubatku diterima olehMu Ya Allah.

Ingatlah kawan-kawan, cinta yang tidak halal tidak akan pernah bahagia walaupun sekuat mana kita pertahankan, selama mana kita bersama. Yang bahagia, cinta selepas kahwin. Cinta yang halal. Cinta yang penuh keberkatan.

Ambillah ikhtibar daripada kisah ini...sehebat mana pun cinta yang di lafazkan, tetapi tanpa jodoh ketentuanNya, tiada daya jua untuk bersama.Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.Fahamilah hakikat ini bahawa,beratus-ratus cerpen dan beribu-ribu madah boleh ditulis atau di ucapkan apabila berbicara tentang cinta, tetapi satu cerpen pun belum tentu mampu anda tulis untuk menggambarkan indahnya Cinta Yang Maha Esa.Sematkan kata-kata ini di hati agar menjadi panduan dan perdoman ketika cinta hadir padamu.. Ingatlah Ketika cinta menyapamu, janganlah silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :)

DiKarang Oleh FaRaH fArId

0 Orang Beri Nasihat:

Post a Comment

You Are Number ..

hit counter hit counter


Cool Hot Pink Outer Glow Pointer



Blog Archive

  • ▼  2012 (58)
    • ►  February (4)
    • ▼  January (54)
      • 10 Perkara Ynag Mematikan Hati
      • 10 Nasihat Imam Abu Hanifah
      • Sayang
      • Putus Cinta Bukan Pengakhiran Segalanya
      • Sekiranya Aku Menjadi Pilihanmu
      • Lelaki Idaman
      • Mutiara Hikmah
      • Hamba ALLAH Yang Sangat Mencintai ALLAH
      • ---> Dari TELINGA jatuh ke HATI , itulah WANITA ...
      • Duhai Ukhty , Akhy
      • Ketika Wanita Menangis
      • Saat disisimu aku merasa hidup. Saat kau pergi ak...
      • Cinta
      • Sometimes Allah breaks your spirit to save your s...
      • Di dalam kegelapan, tiba2 datang 1 lembaga yang c...
      • Sifat Dan Peribadi Anak
      • Tak Sempurna
      • Islam is The Perfect Code Of Life
      • Adab Malu
      • Andai Al-Quran Boleh Cakap
      • Setiap orang, Akan ada sesuatu yang dia simpan. ...
      • Tawanlah Aku Dengan Cinta KepadaMu ... Tumbuhkan ...
      • Pesan pada Diri
      • Solat Subuh = 2 rakaat = 4 minit Solat Zohor = 4 ...
      • Pada Kaum Hawa Dan Adam
      • Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu im...
      • Mati
      • Shbt A : Wah.. cerianya kamu ! selalu tersenyum. ...
      • Cinta Atau Nafsu
      • Realiti Kehidupan
      • Beruntunglah
      • ஜ Walau tak ada ORANG sayang kita TAPI ALLAH SWT a...
      • Lelaki Dan Perempuan
      • Wahai Lelaki
      • Itulah Iman
      • Ujian Daripada ALLAH
      • Mentarbiyah Cinta
      • Kalu Tak Mampu
      • Bersyukur
      • Mencintai Hati
      • Saat hati berkata "INGIN",namun qadar Allâh berkat...
      • Izinkan Abang Nikah Satu lagi
      • Stress Tak Dapat Pikat Lelaki/Perempuan
      • Berubah
      • Segala Puji Bagi Mu Ya ALLAH
      • Cinta Yang Ikhlas
      • Pesan Pada hati
      • Ciri-Ciri Isteri Idaman Lelaki
      • Wanita Itu Mahal
      • Wahai Muslimah
      • Gurauan Suami isteri
      • Balasan
      • Dia Kekasih ALLAH
      • Pujian Dan Teguran/Kritikan
  • ►  2011 (39)
    • ►  December (39)

Date Of The Day

Tik Tok


Seismic - Belahan Jiwa




Picture Window theme. Powered by Blogger.