Wanita itu MAHAL. Sangat-sangat mahal. Mahal segala-galanya. Mahal dari segala sudut. Makin mahal wanita itu APABILA makin mulia peribadinya, makin baik akhlaknya,
makin elok percakapannya, makin terjaga auratnya, makin indah budi
pekertinya. Oh, wanita seperti inilah yang akan membahagiakan para
lelaki (suami) mereka nanti.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud;
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
0 Orang Beri Nasihat:
Post a Comment